Tuesday, 5 April 2016

Adakah penggunaan kosmetik bertentangan dengan kehendak syariah?

Membuat perubahan yang bersifat kekal pada badan (melalui suntikan, pembedahan atau sebagainya), jika tujuannya adalah untuk membaiki kecacatan pada badan (supaya ia kembali kepada keadaan normalnya atau kepada rupa biasanya), ia diharuskan dengan syarat bahan yang digunakan adalah halal/suci dan tidak menyebabkan mudarat yang lebih besar dari kecacatan yang sedia ada itu.

Adapun jika tujuannya semata-mata kecantikan, ia dilarang kerana termasuk dalam mengubah ciptaan Allah dan melakukan pembaziran tanpa perlu. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).

Kesimpulannya, menyuntik vitamin C, Botox atau sebagainya jika tujuannya adalah untuk membaiki kecacatan di kulit atau badan (seperti parut yang menjelekkan pada pandangan orang lain dan menyukarkan penampilan diri), diharuskan dengan syarat-syarat tadi. Adapun hanya semata-mata untuk menghias diri seperti supaya kulit kelihatan lebih tegang, nampak lebih muda dan sebagainya, tidak harus kerana ia mengubah ciptaan Allah, melakukan pembaziran tanpa perlu dan mungkin juga menyebabkan pemalsuan/penipuan (jika membabitkan orang lain).

Mengenai pekerjaan menyuntik vitamin tersebut, ia kembali kepada tujuan tadi. Jika pusat rawatan menjalankan rawatan mengikut skop yang diharuskan oleh Syariat Islam, haruslah seorang muslim berkerja di situ. Jika ia menjalankan rawatan hanya mengikut kehendak pelanggan, tanpa mengambil berat ketetapan Syariat, tidak harus seorang muslim berkerja di situ kerana gaji/upahnya berlegar di antara haram dan syubhah. 

Tambahan;

1. Adapun berusaha mengekal kemudaan dan kecantikan kulit dengan pemakanan (herba atau sebagainya), ia diharuskan kerana usaha itu melalui proses semulajadi tubuh, bukan dengan melakukan sesuatu untuk mengubah ciptaan Allah. Disyaratkan makanan itu halal dan tidak memudaratkan.
2. Begitu juga diharuskan bahan-bahan kosmetik yang bersifat luaran seperti bedak, krim dan sebagainya kerana sekalipun berlaku perubahan pada kulit, ia bukan bersifat kekal di mana ia akan tertanggal atau boleh ditanggalkan. Maka ia mengambil hukum mewarnai rambut, bercelak dan berinai yang diharuskan dengan nas Syarak. Namun disyaratkan bahan-bahan kosmetik itu suci dan tidak memudaratkan tubuh/kulit.

Wallahu a’lam.


PUNCA MASALAH

  1. Ingin menutup segala cacat cela di bahagian yang menyerlah.
  2. Dihina oleh masyarakat sekeliling.
  3. Merasa bangga apabila  kecantikan sendiri terserlah.
  4. Dapat mengekalkan struktur kecantikan dengan menggunakan barangan kosmetik.
JALAN PENYELESAIAN

Kita seharusnya bersyukur dengan segala nikmat yang diberi oleh pencipta(ALLAH) kerana segala yang dicipta oleh-Nya adalah sempurna. Sekiranya kita ingin mengekalkan kecantikan, kita haruslah berusaha menjaganya sebaik mungkin. Segala kosmetik yang kita gunakan hari ini hendaklah bertentangan dengan konsep memenuhi dan bertentangan dengan kehendak syariah serta tidak mengubah fizikal kerana setengah kosmetik hanya merosakkan tubuh badan dan mengubah ciptaan.

RUMUSAN

Sebagai makhluk ciptaan ALLAH, kita dicipta sempurna akal fikiran,fizikal,mental dan lain lain. Maka
kita tidak perlu mengubah segala yang dicipta olehNya. Seperti kosmetik yang digunakan zaman ini tidaklah 100% menghalalkan niat kita untuk menghiasi diri malah setengah orang menggunakan kosmetik ini untuk tujuan menunjukkan kecantikan sahaja. Perkara ini yang menimbulkan fitnah terhadap seseorang walaupun mereka tidak sedar mereka adalah punca terhadap situasi tersebut. Justeru, kecantikan yang menyerlah adalah daripada diri sendiri bukannya bergantung sepenuhnya terhadap produk kosmetik.

RUJUKAN

http://www.wanista.com/category/kesihatan-1/
http://www.wanista.com/bahan-kimia-terlarang-dalam-produk-kecantikan-yang-boleh-rosakkan-kulit/
http://wanitaandfashion.blogspot.my/2014/06/pentingnya-kosmetik-bagi-wanita.html


Monday, 4 April 2016

IMPLIKASI PENGABAIAN ETIKA TERHADAP PENGHASILAN KOSMETIK.

Seperti yang kita semua tahu, setiap pekerjaan walaupun sekecil-kecil pekerjaan seperti membuang sampah atau menyapu lantai sekalipun mengemop lantai, trdapat etika-etika yang perlu dipatuhi oleh manusia. 

Kita sebagai seorang manusia juga mempunyai etika yang perlu kita patuhi. Etika yang telah ditetapkan Allah untuk hamba-hambaNya.
Begitu juga dengan penghasilan kosmetik dan sebagainya. Etika-etika yang terdapat perlu dipatuhi. 

Sebagai contoh, kita sebagai umat Islam apabila ingin menghasilkan produk untuk dipakai oleh Muslim juga, kita perlulah mengambil kira soal halal dan haram. 

Bak kata pepatah, "Matlamat tidak menghalalkan cara."
Sekalipun niat kita baik untuk membantu rakyat-rakyat Malaysia yang mempunyai masalah kulit muka dan sebagainya, etika penghasilan kosmetik perlu dipatuhi seperti tidak menggunakan bahan berbahaya atau terlarang. 

Walaupun bahan tersebut akan mempercepatkan proses pembaikan muka mereka yang memakainya, tetapi lama-kelamaan muka mereka akan bertambah teruk kerana bahan terlarang mempunyai kandungan asid yang tinggi.

Hasilnya, muka pelanggan yang menggunakan produk kosmetik yang mengandungi bahan terlarang akan lebih teruk dan mungkin rosak. 

Ini adalah salah satu sebab mengapa kita perlu mematuhi etika penghasilan barangan kosmetik. 


Bila anda membeli produk kecantikan untuk kulit wajah anda, anda sering keliru atau tertanya-tanya pada diri sendiri “Apa yang elok untuk kulit aku”, “kalau pakai pencuci muka ini elok tak muka aku”, “produk ni untuk apa”.. kiranya pelbagai persoalan bermain di minda. Anda ingin membeli tetapi rasa takut menebal. Anda tidak mahu ambil risiko mencubanya kerana takut muka anda akan rosak. Penulis banyak kali alami perkara ini, pergi ke farmasi duduk cangkung cari produk yang sesuai, jika ditanya pada perunding di situ mesti mahu disyorkan produk jagaannya. Alamak! susahnya! Perlu diingatkan bila anda membeli produk untuk kulit muka silah baca setiap bahan kandungan produk tersebut, jangan main beli saja. Ada setengah produk muka ini memang nampak perubahan yang ketara bila digunakan, ada yang tidak sampai seminggu sudah lain muka. Pelik! cepat sangat perubahan. Jangan sebab nak cantik, muka putih, anda main beli saja.  Ambil tahu bahan kandungan produk kecantikan kulit.
MIDAZOLIDINYL UREA AND DIAZOLIDINYL UREA
Ini adalah kandungan yang paling umum digunakan untuk bahan pengawet selepas parabens . Bahan utamanya adalah formaldehid, yang dikenali untuk mengawetkan mayat, dan sangat berbahaya bagi kesihatan manusia. Boleh menyebabkan radang kulit, luka bakar, keradangan, dan pengeluaran air mata.
METHYL AND PROPYL AND BUTYL AND ETHYL PARABEN
Digunakan sebagai penghambat pertumbuhan bakteria dan untuk melanjutkan had masa luput produk. Walaupun diketahui beracun, namun kandungan ini masih banyak digunakan. Kesan yang mungkin berlaku adalah timbul banyak reaksi alahan dan ruam kulit.
PETROLATUM
Elakkan petrolatum atau parfum berbahan petrolatum kerana ini merupakan sebuah byproduct dari pengeluaran minyak bumi atau petrol.
 PROPYLENE GLYCOL
Ini adalah gliserin sayur-sayuran yang dicampur dengan alkohol yang diperbuat dari gandum. Propylene Glycol ditemui pada beberapa produk kosmetik dan pembersihan wajah. Zat ini boleh menyebabkan kemerahan pada kulit dan radang kulit. Walaupun kajian terkini menunjukkan bahawa zat ini juga boleh merosakkan buah pinggang dan hati.
 PVP/VA COPOLYMER
Zat kimia yang hasil keluaran minyak bumi ini digunakan pada produk hairspray dan kosmetik lain. Dianggap boleh beracun kerana partikel – partikelnya boleh menyebabkan kemasukan bendasing pada paru – paru yang sensitif.
STEARALKONIUM CHLORIDE
Stearalkonium klorida dibangunkan oleh industri kain sebagai pelembut kain. Namun, zat kimia ini juga terkandung dalam kondisioner dan krim rambut. Bahan ini boleh menyebabkan alahan.
SODIUM LAURYL SULFATE (SLS)
Zat sintetik ini biasanya digunakan pada produk syampu untuk membersihkan dan mencipta banyak buih. Kesan yang ditimbulkan zat ini adalah iritasi pada mata, ruam kulit, rambut gugur, kelemumur pada kulit kepala dan alahan.
SYNTHETIC COLORS
Bahan sintetik warna diyakini sebagai penyebab kanser. Jika dalam produk kosmetik tertera kandungan ini, jangan sekali – kali menggunakannya.
SYNTHETIC FRAGRANCES
Wangian sintetik yang digunakan dalam produk kosmetik mengandungi banyak bahan kimia berbahaya. Bila anda menggunakan produk wangi maka semua bahan kimia berbahaya boleh diserap dalam aliran darah melalui kulit. Bahan kimia ini boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, pusing, ruam, hiper – pigmentasi, batuk, muntah dan iritasi kulit.
TRIETHANOLAMINE
Sering digunakan dalam kosmetik untuk menetapkan PH dan sebagai asas bagi banyak produk pembersihan. Triethanolamine boleh menyebabkan alahan, termasuk masalah mata.


Masalah label kandungan pada produk kecantikan juga semakin menjadi di negara kita, Malaysia. Lihat saja di Facebook, banyak produk kecantikan wajah yang dijual, semuanya menawarkan pemutihan yang sangat sekejap, dalam seminggu sudah ada perubahan.
Produk seperti pembersih muka, krim pemutih, krim jerawat dan jeragat serta krim malam turut dijual pada ‘harga berpatutan’. Namun meskipun produk ini diragui keberkesanan malah kandungan bahan kimianya, ia terus dijual secara berleluasa dan tiada tindakan diambil pihak berkuasa. Produk yang dibekalkan dari Indonesia itu digunakan bukan sahaja oleh masyarakat tempatan.

Kandungan belum tentu selamat dan cara pemprosesan turut diragui menjadikan produk kosmetik jalanan seumpama bom waktu kepada mereka yang gemar menggunakannya. Demikian tegas pensyarah Jabatan Farmakognosis/Kimia Farmaseutikal di Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia, Dr. Zhari Ismail meminta masyarakat menyedari bahaya menggunakan produk itu. Sebab itulah amat penting bagi pengguna memilih produk yang didaftarkan.
Menurutnya lagi, bahan seperti asid, raksa atau logam berbahaya seringkali digunakan. Selain raksa, plumbum di dalam produk jalanan, lemak babi pun ada. Kosmetik didefinisikan sebagai sebarang inti bahan atau persediaan khusus untuk dihubung dengan bahagian luaran tubuh bagi tujuan membersih, mewangi, mengubah atau membetulkan keadaan.

Bahagian terbabit termasuk sistem kulit, rambut, kuku, mulut atau organ kemaluan. Bahan berkenaan juga dihasilkan untuk melindungi atau memastikan badan berada dalam keadaan baik. Namun keghairahan beberapa pihak dalam mengeluarkan serta memasarkan produk kecantikan mungkin mengundang bencana apabila kandungannya tidak mengikut piawaian pihak berkuasa.
Bukan itu sahaja, Pegawai penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim, bahan kimia yang terdapat di dalam bahan perawatan wajah yang ada yang sebenarnya amat menakutkan kita. Kajian CAP mendapati kandungan raksa di dalam produk tertentu melebihi dua peratus manakala hidrokuinin yang digunakan sebagai agen pemutih wajah melebihi 0.5 peratus daripada bahagian persejuta.
Contohnya, Hidrokuinin ialah sejenis peluntur turut berperanan menghakis kulit. Lebih membimbangkan, ada di antara produk tersebut menggunakan lemak babi. – ‪www.kosmo.com.my



IMPLIKASI PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN KOSMETIK

Wanita dan kosmetik memang tidak dapat dipisahkan. Semua wanita ingin kelihatan cantik 

dan bergaya serta berkeyakinan apabila berhadapan dengan orang ramai. Keadaan ini 

menyebabkan mereka sanggup menghabiskan wang untuk mendapatkan kesan yang 

diinginkan. Penghasilan dan penggunaan produk kosmetik juga mempunyai kebaikannya 

kepada pasaran iaitu menyebabkan peningkatan permintaan yang tinggi kepada sesuatu 

produk justeru menyebabkan wujudnya peluang pasaran.Wanita - wanita terutamanya 

kepada peniaga atau usahawan yang sanggup mengambil peluang ini dapat memenuhi 

keperluan dan kehendak yang diinginkan oleh pelanggan selain mencari pendapatan 

dengan cara yang halal.Namun permintaan yang tinggi jugak mengalakkan pelbagai produk 

kecantikan terutama kosmetik dipasaran semakin hari semakin bertambah serta tidak dapat 

dikawal yang mana terdapat produk tiruan yang keluar bersama produk ini.

Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan kesukaran kepada pengguna tetapi juga 

menyebabkan kesan buruk sekiranya produk tiruan tersebut digunakan berikutan kuantiti 

bahan yang digunakan dalam produk tersebut dan jaminanya dipertikaikan terutama dari 

segi kandungan yang  digunakan tidak halal yang akan membawa kepada sensitiviti agama 

serrta kesan apabila menggunakan produk tersebut.

kesan pemakaian produk kosmetik boleh membahayakan kesihatan kerana sesetengah dan 

kebanyakan produk kosmetik ni mengandungi bahan kimia yang merbahaya dan 

mendatangkan mudarat pada kulit dan wajah kita malah ada juga yang beracun

Sesetengah bahan kimia yang mengandungi Hydroquinone boleh menyebabkan kerosakan 

pada kulit muka. Ia biasa digunakan untuk proses mencuci gambar yang diadun secara 

meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai ejen pemutih kulit.

Bahan kimia ini juga boleh menyebabkan sakit sawan, kulit wajah menjadi hitam, koma, 

mual dan kanser sulit yang serius. Penggunaannya dalam jangka masa panjang boleh 

mengakibatkan kulit merah dan berasa terbakar, masalah ginjal, kanser darah dan kanser 

sel hati.. 

Mercuri biasanya digunakan dalam produk pemutih. Antara kesannya ialah berlakunya iritasi 

dan alergi pada kulit, kerosakan pada otak, ginjal, gangguan perkembangan janin, 

kerosakan paru-paru, muntah-muntah, dan kanser.

Bahan kimia tretinoin juga digunakan dalam produk rawatan kecantikan yang berbentuk krim 

atau losyen khas untuk merawat jerawat.Tretinoin juga akan mengakibatkan kulit berasa 

kering dan terbakar serta menyebabkan kerosakan pada janin. 

Tretinoin mempunyai kesan sampingan seperti rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit 

mengelupas dan kekeringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada 

cahaya Ultra-violet. Ia mungkin boleh mencacatkan wajah.

Sodium Laureth Sulfate banyak terdapat dalam produk-produk syampu, sabun, dan pencuci. 

Ia boleh membuat banyak buih tapi sebenarnya buih-buih ni tidak bagus kerana ia boleh 

mengeringkan kulit. Bahan ni boleh menyebabkan alergi, asma, sakit kepala, sendi, pening-

pening, sakit mata dan lain-lain.

Namun, dalam era kemajuan terutama dalam teknologi dan R&D membawa kepada 

penemuan alat untuk mengesan kandungan sesuatu produk terutama kosmetik.Oleh itu, 

pengguna wajib melihat dan memeriksa label pada produk kosmetik yang ingin digunakan 

sebelum membeli supaya kesan sampingannya dapat dielakkan. Pengguna juga perlu 

melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab supaya langkah-langkah seterusnya 

dapat diambil.
APA ITU KOSMETIK?
Kosmetik adalah zat perawatan yang digunakan untuk meningkatkan penampilan atau aroma tubuh manusia. Kosmetik umumnya merupakan campuran dari beragam senyawa kimia, beberapa terbuat dari sumber-sumber alami dan kebanyakan dari bahan sintetis.


Wanita dan kosmetik seperti tidak akan pernah terpisahkan. Wanita sangat peduli tentang kulit dan kecantikan. Mereka ingin sentiasa kelihatan segar dan keinginan kulit bersinar dan sihat. Untuk tujuan ini mereka menggunakan berbagai produk kecantikan. Produk kecantikan dari wanita secara umum dikenal sebagai kosmetik. Produk-produk kecantikan tersedia dalam berbagai macam dan berbagai. Wanita menggunakan kosmetik untuk mempercantik diri dan juga untuk membuat fitur mereka menarik.


Pada era ini, kita sendiri dapat melihat berbagai jenis produk kosmetik telah dikeluarkan. Sebagai contoh, Dnars, Dherbs, Tati Skincare, Belleza Collagen, Tia Amelia dan pelbagai lagi jenis produk sehingga tak terkata bilangannya.
Bilangan rakyat Malaysia yang mengeluarkan produk sendiri semakin tinggi.
Ya, memang tidak dinafikan dengan mempunyai produk sendiri yang laris dijual di pasaran Malaysia pengusaha-pengusaha produk tersebut dapat meraih keuntungan yang amat besar kerana produk kosmetik tidak akan berhenti pemakaiannya oleh rayat Malaysia. Ia adalah suatu barangan yang wajib ada bagi setiap perempuan. Ditambah pula dengan purata perempuan lebih tinggi dari lelaki, maka penggunaan produk kosmetik sangat tinggi permintaan dan pengeluarannya untuk para-para wanita di luar sana sama ada bekerja mahupun tidak.

Remaja belasan tahun sekalipun  90% dari mereka memakai produk kosmetik.
Jadi, penciptaan dan penghasilan produk kosmetik sangat menguntungkan para pengusaha.
Penciptaan dan penghasilan kosmetik alaf baru seperti suntikan, penggunaan bahan kimia sintetik serta botok telah mengalami kepesatan dan membuka era baru kepada pengusaha dan pengguna tertutama dikalangan wanita.